.........................MUKASYAFAH AL-QULUB MEMPERSEMBAHKAN..................................

Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik dalam keadaan yang beliau sendiri tidak suka akan pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang.

Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata:

"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:

“Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”.

Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, jangan terlalu mencintai kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya lebih mencintai akhirat. Kemudian beliau berkata pula kepada mereka:

 "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku".


 Setelah itu beliau turun dari mimbar. Dalam satu peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, sewaktu sedang bekerja di rumahnya dia didatangi puteranya untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Khalifah Umar lantas memadamkan lampu yang terletak di meja yang menerangi bilik kerjanya itu.
Puteranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu bertanya:

 "Kenapa ayah padamkan lampu itu?".

 Jawab Umar:

 “Lampu yang digunakan adalah untuk bekerja dan ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga."

Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam.

"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri."

Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkaliber yang berjiwa besar.
Satu lagi peristiwa lain pula, Khalifah Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata:

 "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?"

Lalu Umar menjawab:

 "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih."

Selepas itu Abdul Malik berkata:

"Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?"

Lantas Umar menjawab:

"Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya."

Seterusnya Abdul Malik berkata lagi:

"Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?"

Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata:

"Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku."

Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata:

"Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan."

Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"
sunyinya malam nie...xdak org teman saya ...sedih...sepi...pilu..
Ya ALLAH...tolong la hambaMU ini...
saya menunggu seseorang untuk menemani saya...
tapi itulah dikatakan manusia...makhluk yang sangat lemah..
bukan selamanya mampu menemani kita... 
dan apabila kesunyian ini,,, 
barulah saya terfikir  bahawa kasih manusia walau sehebat mana pun seseorang itu mengasihi terhadap sesama manusia, mereka tidak akan mampu menandingi kasih Allah kepada setiap makhlukNYA..
moga tazkirah ini mudah-mudahan menjadi MUKASYAFAH AL-QULUB bagi semua pembaca...

..........................................................

Sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertanya kepada Iblis, " Wahai Iblis laknatullah, apakah ikhtiar kamu sekarang keatas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk meneyelamatkan bani Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah S.W.T..."

" Syaitan mahu menyesatkan manusia sejauh-jauh kesesatan."
Surah An-Nisa:60

Iblis mengangkat kepalanya ke hadrat Allah S.W.T, lalu berkata, " Ya Rabbi! Demi kemulian-Mu, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik anak Adam melakukan kerja-kerja maksiat selagi mereka masih bernafas, dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul secara bebas supaya hamba mencelah di dalamnya."

Kemudian turun firman Allah yang bermaksud, " Hai Mala'un, demi kebesaran-Ku! Bahawasanya Aku akan sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun kepada-Ku."

Rasulullah S.A.W bertanya pula, " Wahai Iblis laknat, apa lagi yang engkau musykilkan?" Iblis lalu menjawab, " YA Rasulullah S.A.W, sebenarnya hamba hairan dengan perangai umatmu dalam dua perkara:
1) Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T padahal mereka itu taat kepadaku dengan melakukan maksiat,
2) Mereka sangat marah kepadaku, tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."

Allah S.W.T berfirman, " Hai Mala'un! Demi kemulian-Ku dan Kebesaran-Ku, sesungguhnya umat Muhammad itu dua kebahagian:
1) Kasih mereka itu kepada-Ku maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang telah mereka lakukan kerana pendayaan kamu,
2) Marah mereka kepada kamu Aku jadikan kafarah bagi maksiat yang mereka lakukan kepada-Ku."



Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya, " Selalulah kamu ucapkan La Ilaha Illallah danberistighfar kepada Allah S.W.T dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu keranaIblis berkata, " Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan La Ilaha Illallah dan istighfar."
Riwayat Abu YA'ala r.a

Rujukan: Salman Al-Farisi (2009). Himpunan Kisah-Kisah Teladan Siri 1, Kuala Lumpur, Penerbitan Nurulhas